Sunday, 27 November 2016

CINTA DAN CITA-CITA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

bertemu lagi bersama saya Faqar. Ok pada hari ini saya hendak bercerita tentang " Cinta dan Cita-cita"

nak diceritkan di sini saya lebih suka menceritakan  kehidupan seseorang dalam blogger ini.

saya ada seorang kawan namanya ali, ali ni dulu ambil STPM di Sekolah Menengah Sejuta Kampung , di Johor. Nak di ceritakan aku pun sekolah di situ. Masa dalam menuntut Ilmu STPM pada masa itu dia tersuka tanpa sengaja pada seseorang perempuan ini namanya Aminah.

Pada suatu malam Ali menhantar mesej pada Aminah " awak tengah buat apa tu? sebenarnya aku suka kau ... hahaha gurau je " . Dengan harapan ali menghantar dan dengan harapan ali menunggu Aminah balas mesejnya. Tapi selepas berminit-minit, berjam-jam dan dekat 2 hari Aminah tidak membalas mesejnya.

Pada hari isnin, seperti biasa diadakan perhimpunan pagi, Ali bergegas ke dewan untuk mendengar khutbah pengetua. selepas selesai ali dengan saya masok ke kelas . Lalu dia pergi duduk di tempatnya dan pada masa yang sama dia  terperasan ada sesuatu dalam laci meja . Terdapat surat dan Pensil yang baru di beli, Pada mulanya dia tidak tahu dari siapa sebab semua orang buat hal masing-masing. Lalu ali bertanya kat aku "wey ko Pensil Pilot ni sapa bagi ye? " aku jawab "entahlah mana aku tahu" .Ali beritahu aku " ni haa dia tulis , untukmu ali kau lah impian aku di masa hadapan harap dengan pensil ini kau terus berusaha  bukanlah aku bagi sebagai azimat . tapi supaya kau ingat kita ada masahadapan masing-masing. harap kau berjaya dan aku akan tunggu kau saat kau bersedia "
Lalu, Ali baru perasan surat itu rupanya dari Aminah . Dia tersenyum lebar dan beritahu kat aku " wey ni dari aminah do" hahahaha aku pun turut gembira cintanya di balas... Lalu dia pandang aminah dan aminah memberi senyuman pada ali...

Pada malam itu  , ali menghantar mesej pada Aminah ," assalamualaikum , awak tengah buat apa? sihat? .. selepas beberapa minit aminah membalas dan dia kata " wa;alaikumussalam sihat tengah study besokkan exam , awak study lah , kita berjaya sama-sama.  Lalu Ali menjawab dengan senyum " baiklah wak.. inshaAllah kita berjaya sama-sama"

Dalam masa beberapa hari . Heboh satu kelas dengan khabar ura-ura Ali suka Aminah tak tahu siapa puncanya tapi Ali dengan Aminah buat tidak tahu. Bila ditanya oleh kawan mereka berdua jawab " entahlah wallahualam" . Selepas waktu rehat , Ali dipanggil oleh seorang pelajar dan katanya cikgu Khalisah hendak berjumpa dengan Ali. Lalu Ali bergegas ke bilik guru untuk bertemu cikgu Khalisah.

Lalu ali masuk ke bilik guru dan beri salam pada cikgu Khalisah .cikgu Khalisah bawa ali ke ruang rihat bilik guru lalu bertanya tentang pelajaran dan tiba tiba dia bertanya pada ali tentang Ali dengan Aminah. Ali terkejut beruk , bagaimna cikgu Khalisah tahu tentang mereka berdua. Lepas itu, cikgu Khalisah beritahu Aminah sendiri yang beritahu. Aminah bertanya pada cikgu Khalisah apakah yang perlu dia buat selepas ini.Cikgu Khalisah jawab " cikgu tak kisah asalkan kamu berdua jaga batas dan sampai ke jinjang pelamin dengan selamat sebab ramai abang dan kakak kamu juga yang berkahwin lepas STPM  ni. itu jodoh masing-masing , kalau kamu berdua serius jagalah batasan kamu , belajar jangan lupa berjaya sama-sama .Kalau kamu kecundang dia bangunkan kamu kalau dia kecundang kamu guide dia . jaga batasan selepas kamu berdua ada syaitan di sebalik kamu " itu lah yang cikgu Khalisah nasihatkan pada Aminah dan itu juga  yang dia nasihat pada ali,

Cikgu Khalisah kata gapai dulu cita-cita kalau sudah siap pada setiap sudut barulah nikahi Aminah itu. Be a Gantleman . Pergi jumpa wali dia minta permission darinya....

HABISSSSSSSSSS....



*sebenarnya nak sambung lagi ceritanya tapi memandangkan benda ini assingment saya buat separuh dahulu ada masa sambung kalau takda masa aku biarkan je... hahahahha

*aminah dan Ali bersama ke tidak??? hmmm Entahlah whahahahahaha
mereka berdua sekarang tengah belajar .

https://www.youtube.com/watch?v=ghsBJwtVcro


klik la link tu ... tu lagu SEE U DI IPT ... banyak istifadah dari lagu tu,


HOW TO CREATE A BLOG @ BAGAIMANA MEMBUAT BLOG


Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua, sihat ya?? sudah makan??

Baiklah pada hari ini tanggal 27 nov 2016 , saya  Faqar (hanyalah nama pena) ingin menerangkan cara-cara membuat blog atau orang putih kata " HOW TO CREATE A BLOG"

Baiklah mari kita lihat dibawah ini saya akan beritahu cara-caranya :

Langkah -langakahnya ialah :

1-  Aktifkan akuan google

Anda boleh mengaktifkan akaun google menggunakan google chrome ataupun mozilla dan lain-lain seperti gambar rajah di bawah.



















2- Search "blogger.com" di google search . Lepas itu tekan "create your blog "
seperti gambar di bawah












3- Gambar di bawah ini menunjukkan anda telah berjaya menekan "create your blog" TAHNIAH.
Lepas itu anda perlu :
- Tulis tajuk di ruang TITLE
-Buat ADRESS diruang di sediakan contohnya MYLOVEHEART.BLOGSPOT.COM
-Setelah itu, Pilih  DESIGN BACKGROUND yang anda suka di ruang TEMPLATE

-akhir sekali tekan CREATE BLOG
















semoga berjaya wahai saudara saudari dalam pembikinan blogger anda ...

bittaufiq wannajah
go go chaiyokk


assalamulaikum

ehhh sekejap lupa nak tunjukkan hasilnya...
haaa gambar di bawah ni adalah hasilnya selepas selesai anda ikuti langkah-langkah tadi.

bye sayonara..